Pengertian Ekonomi Menurut Islam
Ekonomi
adalah segala kegiatan yang berkaitan dengan usaha-usaha yang bertujuan untuk
memenuhi segala keperluan hidup manusia. Dalam pengertian masa kini, ekonomi
ialah satu pengkajian berkenaan dengan kelakuan manusia dalam menggunakan
sumber-sumber untuk memenuhi keperluan mereka.
Dalam
pengertian Islam pula, ekonomi ialah satu sains sosial yang mengkaji
masalah-masalah ekonomi manusia yang didasarkan kepada asas-asas dan
nilai-nilai Islam. Ekonomi Islam adalah sebagian daripada asas kepada
masyarakat dan negara Islam. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan dan pada
kedua-dua asas inilah terhubung jalin sistem sosial Islam.
Pengertian Ilmu Ekonomi Islam /
Ekonomi Syariah
Ilmu
Ekonomi Islam adalah teori atau hukum-hukum dasar yang menjelaskan
perilaku-perilaku antar variabel ekonomi dengan memasukkan unsur norma ataupun
tata aturan tertentu (unsur Ilahiah). Oleh karena itu, Ekonomi Islam tidak
hanya menjelaskan fakta-fakta secara apa adanya, tetapi juga harus menerangkan
apa yang seharusnya dilakukan, dan apa yang seharusnya dikesampingkan
(dihindari).
Ekonomi
syariah merupakan ilmu pengetahuan sosial yang mempelajari
masalah-masalah ekonomi rakyat yang dilhami oleh nilai-nilai Islam.
Asas-asas Sistem Ekonomi Islam
Dan
carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri
akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan
berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik
kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya
Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan. (Al-Qasas: 77).
Daripada ayat di atas terdapat
beberapa asas ekenomi Islam, di antaranya:
1.
Allah Pemilik Segala Sesuatu
2.
Kekayaan di Dunia adalah untuk
Mencari Kehidupan Akhirat
3.
Kebahagiaan di Dunia Tidak Boleh
Diabaikan dalam Mendapatkan Akhirat
4.
Tetap Berlaku Adil kepada Sesama
Manusia
5.
Tidak Boleh Melakukan Kerusakan
Prinsip-prinsip Utama Ekonomi Islam
1.
Hak milik peribadi
2.
Kebebasan mencari sumber pendapatan
3.
Keadilan social
4.
Hak pewarisan
Ciri-ciri Utama Sistem Ekonomi Islam
1.
Sistem ekonomi Islam adalah sebagian
daripada sistem Islam yang Syumul
2.
Mewujudkan keseimbangan di antara
kepentingan individu dengan kepentingan masyarakat
Ekonomi Syariah Menekankan Empat
Sifat
1.
Kesatuan (unity)
2.
Keseimbangan (equilibrium)
3.
Kebebasan (free will)
4.
Tanggungjawab (responsibility)
Tujuan Ekonomi Islam
1.
Menunaikan sebagian daripada
tuntutan ibadah
2.
Menegakkan keadilan sosial dan
ekonomi dalam masyarakat
3.
menghapuskan ataupun mengatasi
masalah kemiskinan, mewujudkan peluang pekerjaan dan mengekalkan kadar
pertumbuhan yang optimum
4.
Mengekalkan keamanan dan kepatuhan
terhadap undang-undang
5. Mewujudkan keharmonisan hubungan
antarbangsa dan memastikan kekuatan pertahanan Negara
6.
Memberikan keselarasan bagi
kehidupan di dunia
Perbedaan Ekonomi Syariah dengan
Ekonomi Konvensional
Krisis ekonomi yang sering terjadi
ditengarai adalah ulah sistem ekonomi konvensional, yang mengedepankan
sistem bunga sebagai instrumen provitnya. Berbeda dengan apa yang
ditawarkan sistem ekonomi syariah, dengan instrumen provitnya, yaitu
sistem bagi hasil. Sistem ekonomi syariah sangat berbeda dengan
ekonomi kapitalis, sosialis maupun komunis. Ekonomi syariah
bukan pula berada di tengah-tengah ketiga sistem ekonomi itu. Sangat
bertolak belakang dengan kapitalis yang lebih bersifat individual, sosialis
yang memberikan hampir semua tanggungjawab kepada warganya serta komunis yang
ekstrem, ekonomi Islam menetapkan bentuk perdagangan serta perkhidmatan yang boleh
dan tidak boleh di transaksikan. Ekonomi dalam Islam harus mampu memberikan
kesejahteraan bagi seluruh masyarakat, memberikan rasa adil, kebersamaan dan
kekeluargaan serta mampu memberikan kesempatan seluas-luasnya kepada setiap
pelaku usaha
No comments:
Post a Comment